Apakah punca diserang strok?
Merujuk kepada blog Dr. Zubaidi, 80% dari pesakit angin ahmar atau strok berlaku apabila aliran darah ke otak putus secara tiba-tiba. Ini adalah disebabkan terjadinya pembentukan darah beku didalam saluran darah yang terjadi biasanya dari bahagian jantung dan kemudiannya bergerak dan akhirnya menyumbat saluran darah kecil di otak.
Pembentukan plak iaitu campuran kolestrol dan lipid lain juga menjadi punya terjadinya serangan strok. Apabila plak ini semakin mengeras, saluran darah akan tersumbat dan darah tidak dapat mengalir dengan lancar ke otak.
Darah tinggi juga menjadi penyebab berlakunya serangan strok. Tekanan darah tinggi tidak terkawal, terjadi apabila bekalan darah yang membawa oksigen dan nutrisi tidak mencukupi. Maka berlaku pendarahan pada saluran darah di otak yang mengakibatkan serangan strok terjadi.
Kesimpulannya punca strok adalah disebabkan darah tidak dapat berjalan dengan lancar didalam saluran darah ke otak akibat saluran darah tersebut tersumbat.
Bolehkah strok terjadi berulang kali?
Boleh! Biasanya serangan kali ke 2 adalah lebih teruk dari kali pertama dan boleh membawa kepada kematian. Walaubagaimanapun risiko serangan strok berbeza bagi setiap individu. Ada yang terjadi dalam masa 30 hari dari serangan pertama dan ada juga dalam masa 2 tahun. Bergantung kepada punca serangan tersebut.
Marilah kita menjaga kesihatan dalaman kita, pastikan saluran darah kita sentiasa bersih agar darah yang membawa oksigen ke otak dapat berjalan dengan lebih lancar. Otak sihat, badan cergas :-)
Sumber rujukan:
http://drzubaidi.com/blog/punca-stroke-dan-bolehkah-ia-berulang/