Sunday, March 20, 2016

Kolestrol Penyebab Sakit Jantung?

Dalam artikel yang lepas, saya ada kongsikan apakah itu Kolestrol.  Apa yang kita fahami adalah, kolestrol jahat itulah punca kepada terjadinya Sakit Jantung.  Betul ke?


Apakah sebenarnya Sakit Jantung?


Ada pelbagai jenis penyakit jantung.  Jantung berlubang, lemah jantung, jantung bengkak, injap bocor dan bermacam lagi.  Tetapi yang selalu kita dengar adalah Serangan Jantung atau Heart Attack!





Bagaimana terjadinya serangan jantung?


Kematian akibat Serangan Jantung adalah salah satu pembunuh utama di Malaysia.  Serangan Jantung terjadi apabila darah ke jantung terhalang dan jantung menjadi rosak kerana tidak mendapat oksigen dari darah untuk dipam keseluruh badan dan otak.  Akibatnya, ianya akan mendapat STROK atau berakhir dengan KEMATIAN.


Mengapa aliran darah terhalang?

Punca aliran darah terhalang adalah disebabkan berlakunya radang pembuluh darah.  Radang atau pembengkakkan dinding saluran darah mengakibatkan saluran darah menjadi sempit atau tersumbat, maka darah tidak dapat menembusi saluran tersebut.  Saluran darah tersumbat atau menyempit disebabkan oleh plak lemak dan kolestrol yang semakin menebal di dinding pembuluh darah.

Saya pasti anda dah faham bagaimana kegagalan darah menembusi saluran darah boleh mengakibatkan serangan jantung yang boleh membawa MAUT!




Setiap penyakit, InsyaAllah ada penyelesaiannya.  Semestinya kita mesti berusaha dan berikhtiar untuk mengubatinya.

Semoga artikel ini dapat memberikan lebih pemahaman kepada anda bagaimana serangan jantung terjadi.


*sumber gambar dari Google

Monday, March 14, 2016

Apa benda Kolestrol tu?



Kolestrol sebenarnya amat penting kepada tubuh badan kita.  Ianya adalah bahan berlemak dipanggil lipid.  Lipid terhasil dari makanan dan hati.  Kadar lipid yang terlalu tinggi, disebut dengan hiperlipidemia.  Ianya akan mempengaruhi keadaan kesihatan seseorang.







Kolestrol ada 2 jenis - HDL (kolestrol baik) & LDL (kolestrol jahat)

Kolestrol hanya boleh larut dalam darah jika bergahung dengan protein khas iaitu LIPOPROTEIN.  Lipoprotein inilah yang akan menjadi lipoprotein ketumpatan amat rendah (kolestrol jahat LDL) atau lipoprotein ketumpatan tinggi (kolestrol baik HDL)

HDL - Kolestrol baik kerana HDL membawa kolestrol dari sel-sel ke hati.  Kolestrol akan disingkirkan melalui hati dan dibuang menerusi hempedu.  Ia juga mengganggu pengumpulan kolestrol pada dinding arteri oleh partikel kolestrol LDL.

LDL - Kolestrol jahat pula akan menyebabkan kolestrol mendap dan melekat pada dinding arteri dan menyebabkan penyakit.

Salah 1 penyakit kronik yang berpunca dari Lipoprotein LDL adalah serangan jantung akibat saluran arteri menyempit dan pembekuan darah di bahagian tertentu tubuh.  Kami akan kongsikan nanti.


Artikel rujukan:
Laman Kesihatan - http://e-kesihatan.blogspot.my/2008/03/apakah-itu-kolesterol.html
Alodokter - http://www.alodokter.com/kolesterol-tinggi

Sila Komen di sini...

About Me

My photo
Home based business since 2006. Full time business since 2008. Happy Shopping... do contact me for any consultant or query...

Jus SE7EN - turunkan kolestrol

Jus SE7EN - turunkan kolestrol
Minuman kesihatan dibuat dari bawang putih, halia, jus lemon, cuka epal dan madu asli. Tanpa pengawet, pewarna & perasa tiruan.

Contact Form

Name

Email *

Message *

Jom Follow & Like

Penafian kesihatan:

Pengambilan suplemen tonik seperti yang dipaparkan dalam laman ini memberikan kesan positif kepada para pengguna yang mengambilnya. Tetapi anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat doktor dan pastikan anda tidak mempunyai alahan terhadap bahan yang terkandung minuman ini: Jus Halia, jus lemon, jus bawang putih, pati cuka epal dan madu.